Friday, October 10, 2014

WAN MOHD SANI USAHAWAN PENGANGKUTAN YANG BERJAYA DI MALAYSIA

    Saya menyahut tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya untuk melaksanakan tugasan mengenai maklumat berhubung dengan usahawan yang berjaya yang masih hidup. 

BIODATA PENUH :


                  NAMA:                         Datuk Wan Mohammad Sani Salleh

                 USIA:                             33 tahun

                 LAHIR:                         24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu

                 ADIK BERADIK:         Keempat daripada enam beradik

                 PENDIDIKAN:              Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)

                 JAWATAN:                   Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd,                                                               Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).

                 PENCAPAIAN:             Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang                                                                 membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad                                                                   Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan                                                                 Perniagaan Melalyu Malaysia(DPMM) Kuala Lumpur                                                                              
(April,  2009)
  1. Kenapa Memilih Usahawan ini?

Saya memilih usahawan Wan Mohad Sani sebagai usahawan yang berjaya kerana beliau adalah seorang usahawan muda yang sangat berdedikasi dalam menjalankan perniagaannya sehingga berjaya. Disamping itu juga, saya memilih beliau kerana semangat beliau yang tidak pernah gentar pada halangan. Beliau berani mencuba dan berubah kepada keadaan yang lebih baik. Jika diteliti, kisah hidupnya sebelum ini, beliau seorang yang sangat meminati dunia seni hiburan . Tidak dapat dinafikan bahawa beliau mempunya rupa paras dan bentuk badan yang menarik dan sesuai untuk dijadikan model produk. Namun, minat beliau kearah itu, tidak lama dan tidak kemana. Beliau dianugerahkan satu kesedaran dimana tidak semua orang memiliki kesedaran tersebut. Beliau mengambil contoh dan melihat sahabat perjuangan beliau satu masa dahulu telah menjalankan sebuah perniagaan yang mampu untuk berjaya. Disamping itu juga, saya memilih Datuk Wan Mohd Sani sebagai usahawan berjaya kerana beliau menjadikan pengalaman yang beliau pernah rasai sebagai sumber utama untuk melhirkan dan menyediakan produk perkhidmatan iaitu perkhidmatan bas kepada pengguna-penggunanya. Beliau dahulu seorang pengguna perkhidmatan bas express yang tegar. Dimana beliau selalu ulang alik daripada Kuala Lumpur ke Terengganu pada hujung minggu. Daripada situ, beliau berfikir dan meningkatkan mutu keselesaan kepada para pelanggan bas beliau untuk memenuhi kehendak pelanggan. 

        2. Latar Belakang Usahawan ini.

Datuk Wan Mohd Sani adalah anak jati kelahiran Terengganu. Beliau pernah bekerja sebagai seorang mekanik di negeri kelahiran beliau. Beliau juga pernah terlibat dalam bidang modelling seiring dengan Norman Hakim dan Eizlan Yusuf. Pada tahun 2003 beliau berjaya menubuhkan SUSB bersama sama dengan dua orang rakan kongsi yang lain. Namun tidak lama selepas itu, kedua-dua rakan kongsi beliau menarik diri dan beliau terkontang kanting seorang diri. Mana tidaknya, segala keputusan bergantung pada beliau seorang, Beliau berkata, untuk membuat sesuatu keputusan beliau harus berfikir sebanyak 10 kali kerana beliau amat bimbang , jika tersalah membuat keputusan perniagaan beliau akan terkena tempiasnya. Namun Alhamdulillah, setakat ini segala urusan beliau dipermudahkan oleh Allah taala. Beliau sangat komited dalam menubuhkan dan memajukan perniagaan perkhidmatan bas express ini, Beliau berkata hampir 24 jam beliau berada di pejabat untuk menyelesaikan kerjanya. Boleh dikatakan tidur makan di pejabat itu adalah perkara biasa bagi beliau. Beliau telah membuat pinjaman loan yang sangat banyak, namun beliau berani mengambil risiko dan akhirnya pulangan yang beliau dapat adalah diluar jangkaan. Beliau mempunyai satu sikap yang baik iaitu beliau tidak langsung untuk segan dan malu bertanya. Hidup beliau penuh dengan belajar. Beliau belajar daripada segenap lapisan umur, pelbagai jenis karier dan jawatan. Beliau sendiri belajar daripada pemandu bas, mekanik bas dan juga belajar daripada orang yang pernah gagal. 

      3. Bagaimana membangunkan perniagaannya.

Kini diberi gelaran Datuk Wan Mohd Sani berusia 33 tahun mencipta nama dalam bidang keusahawanan pengangkutan. Jika dulu syarikat beliau beroperasi di Ukay Perdana namun kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta.Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau. Sani Express merupakan sebuah empayar perniagaan yang menyediakan perkhidmatan bas telah mahsyur diseluruh Malaysia. Sani Express merupakan lambang nama yang gah terukir di bas merah yang ada di lebuhraya seluruh Malaysia. Beliau kini, mempunyai 25 buah bas dan 150 orang kakitangan kerja.

      4. Pembangunan Perniagaan beliau.

Pembangunan perniagaan beliau kini amat memberangsangkan. pada Januari 2006 Sani Express ada di jalan raya dan alhamdulillah perjalanan perniagaan ini lancar, mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin pesat berkembang.Sani membuktikan ‘jalan’ dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa.Segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan. Beliau sentiasa membuat analisis dan kajia perniagaan bagi menambahbaikkan perniagaan beliau. Beliau senang untuk fokus pada perniagaan nya kerana beliau masih belum punya keluarga dan belum berkahwin.  Beliau juga berkongsi tips untuk berjaya dalam perniagaan. Beliau menambah,  apa jua perkara yang kita lakukan, kita kena berpegang kepada agama. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. " Doa juga penting dan dalam hal ini ibu saya Sharifah Aini Syed Ibrahim Jamalulai sering mendoakan saya, begitu juga ayah saya. Kita juga perlu ingat kepada orang yang pernah membantu kita,” katanya.
     

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete