Monday, September 29, 2014

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

            Dalam Rancangan Malaysia Ke 9 yang telah berlalu, Kerajaan telah merancang untuk membudayakan Keusahawanan di kalangan 1.5 juta masyarakat dengan tumpuan kepada pelajar, belia, siswazah dan wanita dan membangunkan usahawan khusus kepada golongan siswazah supaya berdaya saing dan berdaya tahan.
Pendidikan keusahawanan di peringkat IPT juga semakin berkembang dalam bentuk akademik dan juga kokurikulum. Ini dapat dilihat kepada pertambahan penawaran kursus, kursus elektif, program keusahawananan, Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dan juga Kursus di peringkat pasca siswazah .


              Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke sembilan yang telah pun berlalu, lebih 500 usahawan siswa yang telah diwujudkan. Terdapat juga beberapa IPTA yang mempunyai Pusat Kecemerlangan Keusahawanan dan Perniagaan serta menyediakan perkhidmatan kepada pelajar dan juga usahawan IKS. Di antara Institut Pembangunan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia ( MASMED) Di UiTM, Pusat Pembangunan Perniagaan Kecil Di UPM, Biro Inovasi dan Perundingan di Universiti Teknologi Malaysia.

              Namun begitu, masih ada lagi para pelajar yang tidak menceburkan diri dalam bidang keusahawanan ini. Graduan masih kurang berminat untuk menceburi dalam bidang keusahawanan sejurus tamat pengajian.
Mengikut kajian yang dilakukan , pengesanan graduan pada 2007 oleh Universiti Utara Malaysia hanya 147 orang sahaja yang menjadi usahawan daripada 19,000 graduan (0.77 peratus). Data ini jelas menunjukkan bahawa amalan budaya bekerja makan gaji masih kuat dan graduan lepasan IPT. Kajian oleh Universiti Putera (2008) terhadap penerimaan ibubapa untuk graduan lepasan IPT menceburi bidang keusahawanan sebaik sahaja mereka tamat pengajian adalah ditahap sederhana sahaja dan hasil kajian tersebut juga mendapati, ibubapa masih kurang yakin untuk menjadikan graduan memulakan perniagaan atau menjadi usahawan.


                 Disini saya ingin memberikan sedikit senario mengenai bidang keusahawanan di negara kita sekarang. Mengikut kajian Global Entrepreneurship Monitor (GEM) 2009 (diterbitkan) 2010 oleh Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak) Di Malaysia , 3 faktor utama yang mendorong seseorang individu itu menceburi bidang keusahawanan ialah:
  • Dasar Kerajaan itu sendiri
  • Pendidikan dan Latihan –(formal)
  • Sokongan Kerajaan – (Infrastruktur) termasuk kemudahan kewangan.
Kajian ini juga mendapati 2 faktor utama yang mendorong seseorang itu menjadi usahawan iaitu:-
  • kewujudan usahawan kerana terdapat peluang- improvement-driven opportunity (44%);
  • kewujudan usahawan kerana kehendak sendiri (usaha sendiri) -necessity driven – 25%
                      Kajian GEM ini juga telah menunjukkan 59 % rakyat Malaysia memilih keusahawanan sebagai kerjaya utama iaitu ditempat ketiga didalam negara Asia Pasifik selepas China dan Korea. Hasil kajian persepsi responden mengenai kejayaan usahawan di Malaysia (71%) iaitu berada di tangga  kedua selepas China (77%). Ini menunjukkan masyarakat di Malaysia mempunyai kesedaran, kecenderungan, minat serta kesungguhan yang tinggi untuk menjadikan keusahawanan pilihan kerjaya utama.


sumber :


Tuesday, September 23, 2014

Evolusi Keusahawanan Di Malaysia

    
      
     “Apa yang kita dengar mengenai keusahawanan yang dikatakan oleh pemikiran pengurusan di Amerika adalah salah. Ia bukan magik, bukan misteri dan tidak ada kena mengena dengan baka. Keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari.”

                                                                                                                         Peter F. Drucker )

             Keusahawanan di Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurusniaga dengan pedagang asing. Apabila British memerintah Tanah Melayu, mereka telah menukarkan struktur sosial dengan menjalankan pemerintahan “Pecah dan Perintah”. Dengan cara ini, kaum Melayu bekerja sebagai pentadbir dan disektor pertanian, kaum Cina berkerja dilombong dan berniaga, manakala kaum India bekerja disektor perladangan. Hasilnya, kaum Cina lebih ke depan dalam soal perniagaan berbanding dengan kaum Melayu dan kaum India.

              Selepas kemerdekaan, kerajaan Malaysia menyedari betapa pentingnya keusahawan kepada individu, masyarakat dan negara, dan bagaimana ia boleh menyumbang kepada keamanan negara. Semenjak dari itu, kerajaan telah mengfokuskan kepada keusahawanan sehinggalah sekarang. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020, semua pihak mengalakkan dan memberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia.

        Kerajaan memberikan galakan pembangunan keusahawanan dan memberikan pengiktirafan kepada keusahawanan kerana mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara. Tahun 1995,  kerajaan menubuhkan Kementerian Pembangunan Keusahawanan sebagai badan yang mengawal dan mempromosi pembangunan keusahawanan di Malaysia. Kini, kementerian tersebut telah ditukar kepada Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.



EVOLUSI KEUSAHAWANAN MENGIKUT KONSEP DAN TEORI

Evolusi ini terdiri daripada beberapa zaman dan abad. Antaranya pada zaman permulaan,
Pada zaman pertengahan, pada abad ke 17, pada abad ke 18, pada abad ke 19&20 dan juga abad ke 21. Pada zaman permulaan, aktiviti perniagaan ini dilakukan oleh Marco Polo yang menjalankan pelayarannya ke perdagangan Timur Tengah. Beliau dengan yakin menandatangani perjanjian dengan Kapitalis di mana, ia merupakan penanggung risiko yang pasif.

            Pada zaman pertengahan, usahawan ini bertindak sebagai menjaga dan mengawal produksi yang besar. Mereka tidak perlu menanggung risiko kerana tugas mereka hanya  mengawal kerja-kerja pembinaan seperti bangunan awam & gereja sahaja.

Manakala pada abad ke 17 pula, terdapat hubungan di antara risiko dan usahawan. Usahawan mula menandatangani kontrak perjanjian dengan kerajaan untuk sediakan perkhidmatan atau membekalkan produk yang telah ditentukan. Di sini, harga kontrak telah pun ditetapkan. Sekiranya terdapat kerugian atau keuntungan maka yang ditanggung adalah usahawan itu sendiri. Berdasarkan pendapat Richard Cantillion mengatakan yang usahawan itu adalah penerima risiko. mereka dipisahkan daripada pembekal kapital (pemodal).Ini kerana perkembangan individu & penciptaan yang berlaku di seluruh dunia. seperti Eli Whitney & Thomas Edison merupakan seorang pengguna kapital, bukannya pembekal modal.
Pada abad ke 19 dan 20 pula, usahawan boleh dikenali melalui bidang pengurusan seperti pereka cipta iaitu mencipta idea, produk, dan teknologi baru. Manakala pada abad ke 21 pula, usahawan ini dikenali sebagai hero untuk pasaran Free Enterprise. Usahawan ini perlu bertindak dengan cara mencipta banyak produk dan perkhidmatan serta sanggup menghadapi banyak risiko. Usahawan ini menjadi buah mulut orang ramai di mana mereka menganggap usahawan ini adalah perintis/pelopor di dalam mencipta perniagaan baru
.
 Terdapat empat aspek asas di dalam keusahawanan iaitu mencipta sesuatu proses yang baru & mempunyai nilai kepada usahawan &  pasaran di mana proses tersebut dibangunkan. Usahawan juga perlukan kesetiaan terhadap masa & usaha yang dilakukan. Individu yang sanggup menerima berbagai risiko di dalam bidang perniagaan  masing-masing terutama dari aspek kewangan, psikologi & sosial. Yang keempat adalah usahawan seharusnya  menerima banyak ganjaran iaitu kebebasan, kepuasan peribadi dan juga keuntungan sudah tentu.




            

Saturday, September 20, 2014

Apa itu Keusahawanan dan Usahawan?

       Keusahawanan adalah dalam perkataan Inggeris iaitu “entrepreneur” yang bermaksud mencuba. Perkataan ini berasal daripada bahasa Peranchis iaitu " entreprendre". Manakala dalam bahasa Malaysia pula, istilah usahawan adalah berasal dari perkataan “usaha” .Menurut kamus dewan usaha adalah aktiviti berusaha, ikhtiar sedaya yang boleh untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan.
               
         " Sebuah syarikat yang melaksanakan percantuman baru bagi membangunkan produk dan perkhidmatan baru, sumber baru untuk bahan mentah, kaedah baru, organisasi yang berbentuk baru dan pengeluaran dengan kaedah yang lebih berkesan."

                                                                                                        Shumpeter  (1934).




              " Keusahawanan sebagai aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan perniagaan yang berlandaskan keuntungan. " 
                                                                                            
                                                                                                                            Cole (1969).

Kita pergi pula pada apa itu maksud usahawan. 


       “Entrepreneur is one who undertakes to organize, manage and assume the risks of business" .


                                                                                                              Kuratko & Hodges ( 1992)

Manakala menurut Schumpeter (1934), Usahawan itu adalah individu yang mampu berinovasi dan mampu membuat perubahan kepada organisasinya sendiri. beliau berpendapat berikut adalah beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh individu usahawan tersebut :

  • Memperkenalkan barang keluaran atau perkhidmatan yang terbaru.
  • Memperkenalkan kaedah keluaran terbaru
  • Mencari dan meneroka sumber bahan mentah baharu
  • Menyusun semula industri yang diceburi
  • Dapat dirumuskan di sini usaha perlulah bersikap proaktif, inovatif, cenderung untuk mengambil risiko dalam peluang perniagaan
  • Usahawan juga perlu bersedia menghadapi risiko, berkeyakinan pada diri sendiri dan mampu mencari dan merebut peluang-peluang
Manakala, menurut pendapat tokoh keusahawanan yang seterusnya adalah 

        " Usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak pencapaian tinggi (high need for            achievement)"

                                                                                                                    McClelland (1961)

 “Entrepreneur is more than a just a risk-taker and innovator. He or she is theone who sees the future that no one else has seen and. If this perception iscorrect, bring about a reordering of resources to produce greater consumer  satisfaction and technological efficiency.”

                                                                                                                    Krizner ( 1979)

Namun begitu, terdapat beberapa pandangan definisi usahawan mengikut ahli setiap bidang. 

1. Definisi keusahawanan dari pandangan Ahli Ekonomi.

Menurut Richard Cantillon dalam Hisrich  & Peter (1998). Mereka berpendapat bahawa usahawan ini adalah individu yang berani menanggung risiko. Berbeza dengan pelabur yang melaburkan modal yang tetap dan hanya menunggu untuk menerima pulangan sahaja. Manakala menurut Alfred Marshall dalam 'The Principle Of Economies'. Beliau berpendapat bahawa, Usahawan ini memainkan peranan dalam menentukan jangka hayat perniagaan tersebut dijalankan. 

2. Definisi keusahawanan dari pandangan Sosiologi .

Pandangan dari pihak ini tidak boleh dipandang ringan. Berdasarkan teori dan model Max Weber (1958) , beliau mengatakan bahawa keusahawanan datang dari unsur keagamaan  yang dijadikan landasan untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan . Menurut apa yang ada dalam agama Protestant. Pegangan agama yang kuat menyebabkan mereka berusaha untuk terlibat dalam bidang ekonomi.

Gibbs (1972) yang merupakan seorang tokoh akademik telah mengemukakan satu mode! keusahawanan yang dipanggil model pembangunan sosial. Model ini menyatakan proses yang dilalui serta perhubungan sosial yang dilakukan oleh seseorang memaksa diri mereka untuk melakukan perubahan dengan mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam perniagaan. Langkah yang diambil akanmemberi kesan yang berbeza pada individu yang menceburkan diri dalam bidangkeusahawanan kerana ia bergantung kepada kesungguhan, personaliti dan persiapan yang dilakukan sebelum menceburi bidang ini.

3. Definisi keusahawanan dari pandangan Psikologi


Model Psikodinamik yang diutarakan oleh De Vries dalam Dollinger (1995) adalah menceritakan yang usahawan semasa kecil nya dulu adalah individu yang sukar perolehi kemudahan-kemudahan itu dan ini. Hal ini mendorong para usahawan untuk berubah dan berusaha untuk mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik.

4. Definisi keusahawanan dari pandangan Islam

Menceritakan bahawa 90% daripada sumber rezeki datangnya daripada berniaga. 
Sejarah Islam juga telah membuktikan kebanyakan nabi yang diutuskan oleh Allah (SWT) telah menceburkan diri dalam bidang keusahawanan sama ada bidang pertanian, ternakan, pertukangan dan perniagaan yang bukan setakat dalam negara tetapi sehingga ke peringkat antarabangsa.