Monday, September 29, 2014

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

            Dalam Rancangan Malaysia Ke 9 yang telah berlalu, Kerajaan telah merancang untuk membudayakan Keusahawanan di kalangan 1.5 juta masyarakat dengan tumpuan kepada pelajar, belia, siswazah dan wanita dan membangunkan usahawan khusus kepada golongan siswazah supaya berdaya saing dan berdaya tahan.
Pendidikan keusahawanan di peringkat IPT juga semakin berkembang dalam bentuk akademik dan juga kokurikulum. Ini dapat dilihat kepada pertambahan penawaran kursus, kursus elektif, program keusahawananan, Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dan juga Kursus di peringkat pasca siswazah .


              Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke sembilan yang telah pun berlalu, lebih 500 usahawan siswa yang telah diwujudkan. Terdapat juga beberapa IPTA yang mempunyai Pusat Kecemerlangan Keusahawanan dan Perniagaan serta menyediakan perkhidmatan kepada pelajar dan juga usahawan IKS. Di antara Institut Pembangunan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia ( MASMED) Di UiTM, Pusat Pembangunan Perniagaan Kecil Di UPM, Biro Inovasi dan Perundingan di Universiti Teknologi Malaysia.

              Namun begitu, masih ada lagi para pelajar yang tidak menceburkan diri dalam bidang keusahawanan ini. Graduan masih kurang berminat untuk menceburi dalam bidang keusahawanan sejurus tamat pengajian.
Mengikut kajian yang dilakukan , pengesanan graduan pada 2007 oleh Universiti Utara Malaysia hanya 147 orang sahaja yang menjadi usahawan daripada 19,000 graduan (0.77 peratus). Data ini jelas menunjukkan bahawa amalan budaya bekerja makan gaji masih kuat dan graduan lepasan IPT. Kajian oleh Universiti Putera (2008) terhadap penerimaan ibubapa untuk graduan lepasan IPT menceburi bidang keusahawanan sebaik sahaja mereka tamat pengajian adalah ditahap sederhana sahaja dan hasil kajian tersebut juga mendapati, ibubapa masih kurang yakin untuk menjadikan graduan memulakan perniagaan atau menjadi usahawan.


                 Disini saya ingin memberikan sedikit senario mengenai bidang keusahawanan di negara kita sekarang. Mengikut kajian Global Entrepreneurship Monitor (GEM) 2009 (diterbitkan) 2010 oleh Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak) Di Malaysia , 3 faktor utama yang mendorong seseorang individu itu menceburi bidang keusahawanan ialah:
  • Dasar Kerajaan itu sendiri
  • Pendidikan dan Latihan –(formal)
  • Sokongan Kerajaan – (Infrastruktur) termasuk kemudahan kewangan.
Kajian ini juga mendapati 2 faktor utama yang mendorong seseorang itu menjadi usahawan iaitu:-
  • kewujudan usahawan kerana terdapat peluang- improvement-driven opportunity (44%);
  • kewujudan usahawan kerana kehendak sendiri (usaha sendiri) -necessity driven – 25%
                      Kajian GEM ini juga telah menunjukkan 59 % rakyat Malaysia memilih keusahawanan sebagai kerjaya utama iaitu ditempat ketiga didalam negara Asia Pasifik selepas China dan Korea. Hasil kajian persepsi responden mengenai kejayaan usahawan di Malaysia (71%) iaitu berada di tangga  kedua selepas China (77%). Ini menunjukkan masyarakat di Malaysia mempunyai kesedaran, kecenderungan, minat serta kesungguhan yang tinggi untuk menjadikan keusahawanan pilihan kerjaya utama.


sumber :


No comments:

Post a Comment