Monday, November 3, 2014

IKLAN KOSMETIK D'HERBS LAKON LAYAR DATO' ALIFF SYUKRI (TERLAJAK LARIS) TVC Losyen Putih Susu SD BETA 250314

DATO' ALIFF SYUKRI PANTANG DICABAR

Melalui artikel ini, banyak menceritakan tentang pembangunan perniagaan kosmetik Dato Syukri (Terlajak Laris). Beliau memulakan perniagaan kosmetik ini hanya dengan self selling dari pintu rumah ke pintu rumah. Menapak kaki masuk ke dalam rumah setiap individu yang beliau merupakan satu cabaran yang besar. Beliau amat berani dalam mempromosikan produk beliau secara manual. Antaranya beliau sanggup memanjat tangga untuk membuat demonstrasi kepada pekerja mana-mana pejabat, meskipun sudah terpampang "Jurujual tidak dibenarkan masuk" namun beliau tetap mengagahkan diri untuk masuk dan membuat perniagaan. Beliau sendiri mengaku dan akur bahawa menjual produk kesihatan ini bukan sesuatu yang mudah dan senang. Ini kerana ianya melibatkan penerimaan orang terhadap produk yang ingin dijual. Hal ini membuatkan beliau sangat pantang dicabar dan menyahut apa sahaja cabaran yang ada dihadapannya.

“Kadangkala pelanggan wanita khususnya suka mengusik saya, apatah ketika itu saya masih muda dan ada personaliti sebagai model. Namun bagi saya, ia sebahagian asam garam dalam perniagaan,” katanya yang pernah berkecimpung dalam bidang peragaan ". 

Beliau mula berniaga jeruk mempelam yang dihasilkannya sendiri dan dijual ke sekolah dengan harga RM0.10 - RM 0.20 . Pada ketika itu, beliau masih lagi berusia 7 tahun. Daripada pengalaman hidup serba kesusahan, beliau sanggup mengambil inisiatif ini untuk melajutkan perniagaannya ke sekolah menegah. Pada ketika ini pula, beliau menjaja barangan kosmetik dan aksesori seperti celak, kerongsang yang dibelinya secara pukal.

Kemudian beliau menjadi model sampingan, dan dari situ dia mengumpul wang pendapatan dan disimpan. Pada waktu yang sama beliau juga menjual jamu yang didapati di Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur. Beliau berkahwin pada usia muda, dan hal ini menyebabkan beliau perlu untuk bersungguh-sungguh mencari rezeki bagi menampung keluarga nya yang pada ketika itu mempunyai seorang anak. Hidup di Kuala Lumpur memerlukan kos sara hidup yang tinggi.

Bermodalkan wang simpanan yang beliau ada, akhirnya beliau berjaya menyewa kiosk kecil yang terdapat di dalam Pasar Raya di Subang Jaya. Setelah hampir setahun beliau berniaga di kiosk kecil itu, akhirnya beliau mempunyai impian untuk memiliki produk kecantikannya sendiri. Beliau ingin mengeluarkan produk kosmetik sendiri. Beliau sedar akan risikonya yang tinggi. Dan jika tidak berjaya, beliau akan muflis.

Beliau menjalankan kajian produk selama beberapa bulan, beliau akhirnya menyedari kekurangan yang dihadapi oleh masyarakat dalam Malaysia. D'Herbs kemudiannya berjaya menghasilkan gincu kolagen pertama di Malaysia.

" Pandangan saya, penting untuk menghasilkan satu inovasi baru bukan sekadar mengeluarkan produk sedia ada di pasaran. Permulaannya, saya melakukan semuanya sendirian " 

Beliau lelaki muda yang berkecimpung dalam dunia perniagaan kecantikan ini tentunya akan menyukarkan beliau untuk menapak dan amat sukar untuk para stokis memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada beliau. Beliau menceritakan pengalaman beliau sendiri  yang terpaksa mengelilingi satu malaysia demi untuk memasarkan produk D'Herbs ini. Dia adalah bos, pemandu, jurujual, agen, dan pegawai pemasaran dalam satu masa. 


Menggunakan strategi pengiklanan yang kuat D'Herbs akhirnya berjaya ditempatkan di hati rakyat Malaysia. hampir setahun juga.Memulakan operasi perniagaan pada tahun 2011 beliau akhirnya berbangga kerana mampu menghasilkan hampir 50 pasaran produk D'Herbs yang kini mula memasuki pasaran antarabangsa seperti Brunei dan Indonesia. Harapan beliau sangat tinggi, beliau ingin D'Herbs berdiri sama tinggi dengan Avon satu hari kelak. 


Rujukan : Artikel yang disiarkan pd 2013/01/06

http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/AliffSyukripantangdicabar/2013/Article

Sunday, November 2, 2014

PETIKAN AKHBAR SINAR HARIAN MENGENAI FAKTOR KEJAYAAN DATO' ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN

Melalui artikel ini, antara input yang saya dapat ambil dari sini adalah mengenai faktor-faktor kejayaan beliau dalam bidang perniagaan yang diceburi. Menceritakan kisah kesukaran dan kesusahan yang dihadapi oleh beliau satu ketika dulu, mempengaruhi beliau untuk berusaha keras sehingga membuahkan hasil sehingga ke hari ini.

Beliau membuktikan bahawa usia tidak menjadi masalah utama untuk menempa nama dan seterusnya mencipta kejayaan dalam dunia perniagaan. Ini kerana kata beliau bahawa kejayaan milik kita semua yang berusaha keras. Tambah beliau lagi, hidup dalam serba kesusahan semasa beliau masih kecil turut membakar semangat beliau untuk terus berjaya.

         “Saya belajar tidak tinggi. Tetapi pengalaman hidup mengajar saya banyak perkara. Sebenarnya sejak di bangku sekolah lagi saya memang minat berniaga sehinggalah mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan ini." 

Berikut merupakan petikan kata-kata yang dikeluarkan oleh Dato' Aliff Syukri mengenai pembakar semangat beliau untuk terus berjaya kehadapan. Beliau juga ada berkongsi cerita mengenai pengalaman beliau sendiri semasa berniaga di pasar malam di seluruh Klang. Dia meletakkan rasa malu tu ketepi. Dan dia berjaya membuka perniagaan dengan tidak membuat sebarang pinjaman dan berjaya membuka perniagaan menggunakan wang simpanan hasil jualan dari berniaga di pasar malam. 

Sehingga kini beliau berjaya membuka kilang produk syarikat beliau sendiri yang dikenali sebagai  D' Herbs yang kini mempunyai lebih 6000 pengedar di seluruh Malaysia.


Setelah lebih dua tahun beroperasi, D’Herbs kini terus mengorak langkah apabila telah menghasilkan lebih 30 jenis produk kosmetik dan kesihatan.Bermula dengan satu produk iaitu Jus Perawan, hari ini D’Herbs semakin dikenali dengan kepelbagaian produk antaranya Tablet Coklat Pintar Ibnu Sina, Gel Berherba Aloe Gamat, Sabun Scrub Mukjizat, set wangian dan banyak lagi.Menurut Shukri, dia turut menyimpan hasrat untuk menghasilkan 500 jenis produk pada masa akan datang bagi memberi lebih pilihan kepada pengguna.Bagi merealisasikan hasratnya itu, Shukri kini mempunyai kilang sendiri iaitu Aliff Herbs Sdn Bhd yang telah mula beroperasi awal September lalu.

“Dengan pembinaan kilang ini, ia sekali gus akan meningkatkan kapasiti pengeluaran produk dan menjadikan operasi pengeluaran semakin berjalan lancar,” katanya yang juga menyimpan impian untuk memiliki wisma sendiri.





http://www.sinarharian.com.my/bisnes/d-herbs-bukti-kejayaan-anak-muda-1.90228

Saturday, November 1, 2014

DATO' ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN PENGARAH URUSAN D'HERBS (TERLAJAK LARIS)

BIODATA PENUH

NAMA : DATUK  ALIFF SYUKRI  KAMARZAMAN 

UMUR : 25 TAHUN

PENDIDIKAN : SEK REN KEB SGBESAR SELANGOR, SEK MEN TELOK GADONG KLANG. SEK PONDOK PASIR TUMBUH KELANTAN. SEK INTEGRASI AS.SYAKIRIN DAN  TAILOR COLLEGE 

MULA BERNIAGA : BERNIAGA PRODUK KOSMETIK DI PASAR MALAM DI USIA 21 TAHUN


        1. Kenapa memilih usahawan ini?
Saya memilih usahawan ini kerana saya amat tertarik pada kisah permulaan beliau menubuhkan perniagaan. Dan saya tertarik pada setiap iklan produk yang dihasilkan oleh perniagaan kosmetik ini. Dimana pengasas produk ini sendiri yang turun padang membuat iklan TV. Dato' Aliff Syukri ini adalah usahawan muda yang sangat berjaya. Diusia 25 tahun beliau telah dianugerahkan darjat Dato'. Setiap permulaan usahawan adalah bermula dengan segala macam kesulitan dan kesukaran. Sama jugalah dengan Dato' Aliff Syukri ini. Beliau tidak gemar untu menelaah pelajaran. Malahan beliau sendiri tidak habiskan oembelajaran beliau di A Level. Oleh itu, terdetik kesedaran dalam diri beliau bahawa, beliau sepatutnya berusaha ,lebih keras untuk mendapatkan wang untuk hidup di KL yang penuh dengan kemudahan yang memerlukan wang. Bermula dari situ, beliau mengambil inisiatif untuk bekerja sambil berniaga. Pada awalnya beliau bekerja dengan orang, dimana waktu kerja beliau adalah dari jam 8pagi sehingga 9 malam. Beliau rasa sangat meletihkan. Namun, beliau mengambil inisiatif untuk membuat satu kursus make up wajah untuk rakan-rakan sepejabat, Beliau hanya mengenakan RM5-RM10 sahaja. Dalam bengkel tersebut beliau mampu untuk mendapatakan RM1000-RM3000 . Disamping mengadakan kursus kecantikkan wajah dan menjual produk kecantikan orang lain, beliau akhirnya mendapat idea untuk mencuba mengeluarkan produk beliau sendiri dan kini, produk beliau telah dikenali ramai. Sikap beliau yang tidak tahu malu itu amat mendorong saya untuk sentiasa mencuba sesuatu yang baru tanpa mengambil kira apa sahaja persepsi yang akan saya dapat dari setiap individu .

 2. Latar Belakang Usahawan ini.

Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman yang dilahirkan pada 03 April 1987 di kediamana Felda Kechau ,Kuala Lipis, Pahang. Beliau kemudiannya telah berpindah ke kawasan Selangor. Dan melanjutkan pelajaran beliau di Sekolah Kebangsaan SG. Besar, Selangor. Setelah tamat pengajian di sekolah rendah, beliau berjaya untuk melanjutkan oelajaran ke sekolah menegah. Beliau bersekolah di Sekolah Menegah Telok Gadong Klang. Kemudian,  beliau mengambil inisiatif untuk menuntut ilmu agama. Akhirnya beliau memilih unuk menuntut ilmu agama di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Agak lama beliau di Kelantan dan ini boleh dikira sebagai satu perkara yang mempengaruhi beliau untuk berniaga dimana rakyat Kelantan ramai yang menjalankan perniagaan. Setelah itu, beliau menyambung pula pelajaran di sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage.

       3. Bagaimana membangunkan perniagaanya
De herbs Healthy Marketing ditubuhkan pada September 2010 dimana mereka  hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir.Dan kini mereka mampu mengorak langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir 30 rangkaian produk baru dengan seramai 15 orang kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan syarikat.
Bermula dengan hanya beroperasi di tingkat 2 mereka telah berpindah di lot kedai bawah dan telah menyewa dua lot kedai bagi melancarkan urusan perniagaan dan memudahkan semua rakan niaga berurusan. Kini De Herbs telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada di Malaysia, Singapura dan Brunei dan  berazam untuk menjadi salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan matlamat  sehingga ke seluruh dunia.

  4.Pembangunan perniagaan beliau
PERKEMBANGAN TAHUN 2012 - 2014
Tahun 2012 merupakan tahun kemuncak bagi produk D’Herbs di mana mereka telah bernaung di bawah Label syarikat Sendirian Berhad dan dikembangkan perniagaan mereka dengan berpindah ke bangunan 4 tingkat milik syarikat yang lebih strategik dan selesa .Dengan perpindahan ini, syarikat mampu menyakinkan semua stokis dan pengedar untuk menjual dan memasarkan produk D’ herbs dengan lebih meluas dan berkembang maju.
Mereka  juga telah membuka beberapa anak syarikat iaitu Megah Perawan Sdn.Bhd yang menghasilkan dan menjual produk kosmetik dan sedikit kelainan konsep di mana Megah Perawan Sdn.Bhd hanya berurusan dengan seorang stokis tunggal yang dilantik dan akan bertanggungjawab memasarkan produk Megah Perawan Sdn.Bhd di seluruh Malaysia dan setakat ini permintaan produk ini amat mendapat sambutan daripada pengguna-pengguna di seluruh Malaysia.
D’Herbs juga telah membuka sebuah syarikat yang dinamakan Aliff Herbs Manufacturing Sdn.Bhd di mana syarikat ini khusus untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan dan mereka juga membuka ruang kepada syarikat-syarikat lain yang berminat untuk menghasilkan produk di bawah syarikat ini. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan dari awal sehingga akhir penghasilan sesebuah produk termasuk penghasilan kotak dan reka bentuk produk mengikut citarasa dan kepuasan pelanggan.
 Disamping itu, beliau menetapkan wawasan syarikat beliau untuk dijadikan matlamat mereka. Antara Wawasan Syarikat beliau adalah,
Visi Utama De Herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan sekaligus dapat menjana pendapatan serta keuntungan bagi kedua – dua pihak iaitu pengeluar dan peniaga. Disamping itu juga terdapat Misi syarikat yang diteroka iaitu Misi Syarikat:Membantu golongan wanita dan lelaki yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil dengan lebih yakin dan bergaya. Disamping membantu mereka menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk daripada De Herbs. 


(Ehsan Youtube)

LAKON LAYAR SERBA SEDIKIT MENGENAI KISAH PERMULAAN PERNIAGAAN USAHAWAN BERJAYA DATO' ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN