Monday, October 13, 2014

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY TAN SRI SYED SEBAGAI USAHAWAN YANG MENDERMA DAN MEMBUAT AMAL YANG BERJAYA.

Saya menyahut tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya untuk melaksanakan tugasan mengenai maklumat berhubung dengan usahawan yang berjaya yang masih hidup. 

BIODATA PENUH :

NAMA : TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY TAN SRI SYED 

UMUR : 52 TAHUN

PENDIDIKAN : SPM 

MULA BERNIAGA : 19 TAHUN (JUAL BELI LEMBU DAN KERBAU)

KE 7 TERKAYA DI MALAYSIA

KE 32 TERKAYA DI ASIA

KEKAYAAN : RM 1,425 JUTA

        1. Kenapa memilih usahawan ini? 

Saya memilih usahawan ini kerana beliau seorang yang mempunyai karakter yang menarik. Sikap beliau yang selalu suka membantu orang lain dan pemurah ini amat mengagumkan. Beliau lahir dari keluarga yang susah sehinggakan di rumah beliau tiada katil kerusi dan meja. Hal ini membuatkan beliau sukar untuk mendalami ilmu. Namun, dari kesusahan yang beliau hadapi, beliau sangat berani mencuba dan bertekad untuk mengubah nasib dan hala tuju keluarga. Pada siangnya beliau belajar, selepas waktu sekola beliau akan membantu ayahnya, bapa saudaranya untuk berniaga. Perniagaan pertama yang beliau jalankan adalah menjual beli lembu dan kerbau yang dimiliki oleh bapanya. Namun, ujian melanda beliau dan keluarga. Ada wabak penyakit kuku dan mulut mengakibatkan ternakan beliau mati. Seterusnya beliau mencuba terlibat dalam perniagaan pengangkutan pada tahun 1972.  Rezeki yang beliau perolehi melimpah ruah. Beliau sangat kreatif dan sentiasa memandang sesuatu perkara itu satu peluang perniagaan untuk beliau dan masyarakat dan beliau tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Sikap yang beliau miliki adalah untuk terus berusaha semampu yang boleh. Beliau menerima tawaran yang ditawarkan oleh sahabat china beliau untuk perniagaan kenderaan, sambung bayar premit. Kemudian beliau beralih pada perniagaan padi, seterusnya pada perniagaan gula . Beliau menceburkan perniagaan dalam pelbagai bidang, dari bidang komoditi pengangkutan, pembungkusan dan barter, kemudian beliau melangkah kepada sektor pembuatan . Sehingga kini hasil keunungan yang beliu perolehi beliau tidak pernh kedekut untuk share dengan masyarakat. Beliau menubuhkan pelbagai jenis institusi pelajaran untuk pelajar-pelajar yang ketinggalan dalam pelajaran. kerana beliau yakin bahawa, setiap harta yang manusia perolehi ada terdapat rezeki dan harta rang lain, Oleh sebab iu, beliau tidak pernah segan silu untuk berkongsi apa yang beliau perolehi dengan masyarakat. Ini membuatkan saya rasa amat menganggumi beliau. Bukan senang. Sebab Alla Taala pernah berkata, saat mausia berada dalam keadaan selesa dilimpahi harta yang banyak, itu juga merupakan ujian yang besar yang Allah Taala kurniakan pada hambanya. Oleh itu, kita seharusnya sedar. 


        2. Latar Belakang Usahawan ini.

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY TAN SRI SYED  adalah anak kelahiran jati Alor Star, Kedah pada tahun 1951. Keluarga beliau berasal dari Hadhramaut,Yemen. Bapanya hidup mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya bapanya berhijrah ke Thailand, pada pertengahan tahun 40-an bapanya baru membuat keputusan untuk menetap di Alor Setar, Kedah. Beliau mempunyai 7 beradik dan beliau adalah anak yang ketiga. Beliau mempunyai pendidikan berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

       3. Bagaimana membangunkan perniagaanya

Beliau memulakan perniagaan dengan berniaga lembu dan kerbau. akibat daripada penyakit yang melandak seluruh utara , beliau beralih kepada menjadi pembekal daging di kedai makan.Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Seterusnya beliau mendapat tawaran daripada sahabat china beliau yang menawarkan sambung bayar permit kenderaan. Sehingga kini, beliau mempunyai lebih dari 40 buah lori. Beliau mendapat pinjaman daripada Mara. Perniagaan lori ini beliau nama kan Syarikat Pengangkutan Sentosa. Dengan menggunakan lori yang ada, beliau gunakan untuk membuat perniagaan beras. Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.

   4.Pembangunan perniagaan beliau.

Setelah beliau menjalankan perniagaan dalam pelbagai komoditi, beliau setersunya mengembangkan perniagaannya ke komoditi perkapalan. Beliau mendaftarkan Bukhari Shipping dengan pihak Perbendaharaan. Beliau membeli kapal dari syarikat Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD 1 juta.  Beliau kemudiannya bergiat aktif dengan bidang penswastaan.  Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas. Kemudian beliau mula terlibat dengan Yayasan Al-Bukhary. Membina Yayasan Al-Bukhary yang bernilai RM 400 juta di Kedah. Kompleks ini lengkap disediakan dengan kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi. Disamping itu, banyak lagi yang beliau laksanakan antaranya menderma RM 7 juta kepada Ocford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang Terkenal di dunia.Selain itu, beliau juga berjaya menyiapkan projek besar yang bernialai RM 100 juta untuk Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur.Beliau dikenali sebagai usahawan yang terkaya di Malaysia kerana kini mempunyai kekayaan lebih RM1.67 Billion.



Saturday, October 11, 2014

PERBANDINGAN & KESAN YANG TERDAPAT DALAM VIDEO POCARI SWEAT VS AQUA

Saya menyahut tugasan yang diberikan oleh DR DONNY ABDUL LATIEF POSPOWIDJOJO untuk membuat perbandingan antara kedua dua video usahawan yang berjaya ini.

1- POCARI SWEAT


Diasaskan oleh keluarga Akihiko Otsuka berusia 35 tahun di Jepun. Beliau ingin menghasilkan satu produk yang luar biasa yang bermanfaat untuk digunakan oleh masyarakat. Beliau melantik Harima dan Takaichi untuk bereksperimen dgn produk yg baru. Iaitu minuman kesihatan dgn kadar gula yang perlu oleh badan.

Percubaan analisis dilakukan terlalu banyak kali oleh Takaichi, pakar makmal. Hampir 1000 sample yang dilakukan. Namun masih tidak diketemui mana yang sesuai. Namun, setelah dicuba minum oleh Pengarah Otsuka Pharmaticeutical, juga tidak sesuai pada awalnya. Namun setelah dibawa masuk satu minuman buah buahan oleh pekerjanya. Beliau mencampurkan rasa kedua dua cecair tersebut. Dan akhirnya berjaya menghasilkan rasa yang enak dan sedap untuk diminum ketika beraktiviti.

Apa yang saya dapat pengajaran dari video Pocari Sweat ini adalah semangat pengusahan produk ini untuk tidak cepat mengalah. Akihiko Otsuka sangat positif dalam menghasilkan produk minuman yang baru. Beliau menerima teguran dari para pemegang saham syarikat. Namun beliau cekal dan kental dengan keputusan bahawa beliau akn ttp mengeluarkan produknya.

Pada awalnya, produk tersebut tidak dpt diterima oleh masyarakat. Malah terima kejian dan cacian, Namun, Akihiko Otsuka berfikiran positif dan berfikiran jauh. Beliau menawarkan Pocari Sweat ini secara gratis/percuma pada semua jenis masyarakat. Beliau mengatakan bahawa keuntungan lain cerita, yang penting Pocari Sweat ini perlu dikomersialkan terlebih dahulu dalam masyarakat.
Pocari Sweat perlu dikenalai dalam masyarakat. Musim panas, tahun ke 2 jualan Pocari Sweat amat laris dipasaran. ramai yang menginginkan minuman jenis ini.

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, perlulah jangan terlalu cepat putus asa. Sentiasa positif dan sentiasa menyahut cabaran dari masyarakat.







2- AQUA

Diasaskan oleh Tirto Utomo pada Oktober 1974. Pada mulanya air minuman Aqua tidak dapat diterima oleh masyarakat setempat di Indonesia kerana masyarakat Indonesia merasakan bahawa air putih itu sudah biasa dan mereka sudah mempunyai terlalu banyak air putih dirumah.

Namun begitu, Tirto Utomo sangat cekal dalam memasarkan produk nya. Pada awalnya , beliau hampir untuk menutup dan menghentikan perniagaan ini. Beliau ingin memecat beberapa pekerja kerana tidak mampu untuk membayar gaji . Namun begitu, para pekerjanya menanyakan soalan yang diluar jangka, dan membuatkan beliau mendapat idea untuk tidak menutup perniagaannya. Iaitu dengan cara meningkatkan harga minuman Aqua kepada 175 Rupiah. Ternyata ini berjaya meningkatkan keuntungan minuman Aqua dalam masyarakat,

Beliau menawarkan produk minuman Aqua ini dengan hanya meletakkan 3 botol Aqua shj di kedai kkedai. Ini merupaka strategi perniagaan beliau. Kerana apabila 2 botol sudah dibeli makanya, hanya tinggal 1 botol sahaja, dan para pelanggan menganggap bahawa produk ini sangat laris.Strategi ini berjaya.

Selain dari itu, Aqua juga sentiasa menawarkan atau menjadi penaja utama dalam mana -mana event antaranya event sukan dan sebagainya. Dari situ, adalah strategi untuk memperkenalkan produk Aqua di mata masyarakat.

Dari segi persaingan pula, Tirto Utomo mennyatakan bahawa, kita tidak perlu takut pada pesain pesaing. kerana dengan adanya pesaing lah para pengguna produk kita akan emmbuat perbandingan manaproduk yang lagi sesuai utk digunakan.

Tirto Utomo mempunyai sikap yang positif. Sentiasa melihat jauh perniagaanya. Namun hayat beliau tidak panjang, Anak-anak dan para pekerjanya yang menyambung delegasi perniagaan Aqua ini pula.
Mereka diberi kekuatan dan idea dimana tercetusnya idea untuk  Aqua bergabung dengan syarikat minuman luar negara yang terkenal di dunia iaitu DANONE.  Setelah kedua dua pihak bersetuju, maka terhasilah gabungan /joint venture antara syarikat AQUA dengan DANONE






Friday, October 10, 2014

WAN MOHD SANI USAHAWAN PENGANGKUTAN YANG BERJAYA DI MALAYSIA

    Saya menyahut tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya untuk melaksanakan tugasan mengenai maklumat berhubung dengan usahawan yang berjaya yang masih hidup. 

BIODATA PENUH :


                  NAMA:                         Datuk Wan Mohammad Sani Salleh

                 USIA:                             33 tahun

                 LAHIR:                         24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu

                 ADIK BERADIK:         Keempat daripada enam beradik

                 PENDIDIKAN:              Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)

                 JAWATAN:                   Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd,                                                               Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).

                 PENCAPAIAN:             Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang                                                                 membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad                                                                   Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan                                                                 Perniagaan Melalyu Malaysia(DPMM) Kuala Lumpur                                                                              
(April,  2009)
  1. Kenapa Memilih Usahawan ini?

Saya memilih usahawan Wan Mohad Sani sebagai usahawan yang berjaya kerana beliau adalah seorang usahawan muda yang sangat berdedikasi dalam menjalankan perniagaannya sehingga berjaya. Disamping itu juga, saya memilih beliau kerana semangat beliau yang tidak pernah gentar pada halangan. Beliau berani mencuba dan berubah kepada keadaan yang lebih baik. Jika diteliti, kisah hidupnya sebelum ini, beliau seorang yang sangat meminati dunia seni hiburan . Tidak dapat dinafikan bahawa beliau mempunya rupa paras dan bentuk badan yang menarik dan sesuai untuk dijadikan model produk. Namun, minat beliau kearah itu, tidak lama dan tidak kemana. Beliau dianugerahkan satu kesedaran dimana tidak semua orang memiliki kesedaran tersebut. Beliau mengambil contoh dan melihat sahabat perjuangan beliau satu masa dahulu telah menjalankan sebuah perniagaan yang mampu untuk berjaya. Disamping itu juga, saya memilih Datuk Wan Mohd Sani sebagai usahawan berjaya kerana beliau menjadikan pengalaman yang beliau pernah rasai sebagai sumber utama untuk melhirkan dan menyediakan produk perkhidmatan iaitu perkhidmatan bas kepada pengguna-penggunanya. Beliau dahulu seorang pengguna perkhidmatan bas express yang tegar. Dimana beliau selalu ulang alik daripada Kuala Lumpur ke Terengganu pada hujung minggu. Daripada situ, beliau berfikir dan meningkatkan mutu keselesaan kepada para pelanggan bas beliau untuk memenuhi kehendak pelanggan. 

        2. Latar Belakang Usahawan ini.

Datuk Wan Mohd Sani adalah anak jati kelahiran Terengganu. Beliau pernah bekerja sebagai seorang mekanik di negeri kelahiran beliau. Beliau juga pernah terlibat dalam bidang modelling seiring dengan Norman Hakim dan Eizlan Yusuf. Pada tahun 2003 beliau berjaya menubuhkan SUSB bersama sama dengan dua orang rakan kongsi yang lain. Namun tidak lama selepas itu, kedua-dua rakan kongsi beliau menarik diri dan beliau terkontang kanting seorang diri. Mana tidaknya, segala keputusan bergantung pada beliau seorang, Beliau berkata, untuk membuat sesuatu keputusan beliau harus berfikir sebanyak 10 kali kerana beliau amat bimbang , jika tersalah membuat keputusan perniagaan beliau akan terkena tempiasnya. Namun Alhamdulillah, setakat ini segala urusan beliau dipermudahkan oleh Allah taala. Beliau sangat komited dalam menubuhkan dan memajukan perniagaan perkhidmatan bas express ini, Beliau berkata hampir 24 jam beliau berada di pejabat untuk menyelesaikan kerjanya. Boleh dikatakan tidur makan di pejabat itu adalah perkara biasa bagi beliau. Beliau telah membuat pinjaman loan yang sangat banyak, namun beliau berani mengambil risiko dan akhirnya pulangan yang beliau dapat adalah diluar jangkaan. Beliau mempunyai satu sikap yang baik iaitu beliau tidak langsung untuk segan dan malu bertanya. Hidup beliau penuh dengan belajar. Beliau belajar daripada segenap lapisan umur, pelbagai jenis karier dan jawatan. Beliau sendiri belajar daripada pemandu bas, mekanik bas dan juga belajar daripada orang yang pernah gagal. 

      3. Bagaimana membangunkan perniagaannya.

Kini diberi gelaran Datuk Wan Mohd Sani berusia 33 tahun mencipta nama dalam bidang keusahawanan pengangkutan. Jika dulu syarikat beliau beroperasi di Ukay Perdana namun kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta.Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau. Sani Express merupakan sebuah empayar perniagaan yang menyediakan perkhidmatan bas telah mahsyur diseluruh Malaysia. Sani Express merupakan lambang nama yang gah terukir di bas merah yang ada di lebuhraya seluruh Malaysia. Beliau kini, mempunyai 25 buah bas dan 150 orang kakitangan kerja.

      4. Pembangunan Perniagaan beliau.

Pembangunan perniagaan beliau kini amat memberangsangkan. pada Januari 2006 Sani Express ada di jalan raya dan alhamdulillah perjalanan perniagaan ini lancar, mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin pesat berkembang.Sani membuktikan ‘jalan’ dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa.Segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan. Beliau sentiasa membuat analisis dan kajia perniagaan bagi menambahbaikkan perniagaan beliau. Beliau senang untuk fokus pada perniagaan nya kerana beliau masih belum punya keluarga dan belum berkahwin.  Beliau juga berkongsi tips untuk berjaya dalam perniagaan. Beliau menambah,  apa jua perkara yang kita lakukan, kita kena berpegang kepada agama. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. " Doa juga penting dan dalam hal ini ibu saya Sharifah Aini Syed Ibrahim Jamalulai sering mendoakan saya, begitu juga ayah saya. Kita juga perlu ingat kepada orang yang pernah membantu kita,” katanya.
     

Thursday, October 9, 2014

Kesimpulan Artikel Budaya Keusahawanan 2.

          Berdasarkan artikel yang saya perolehi, apa yang dapat saya simpulkan dari artikel ini adalah mengenai betapa pentingnya budaya keusahawanan yang sepatutnya dipupuk pada anak-anak masa kini.
Saya memetik artikel ini daripada http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/.  Pada majlis perjumpaan pelajar dan guru di salah sebuah sekiolah di Pekan, Raub pada tarikh 25 Feb. Berikut adalah harapan dan petikan ucapan oleh Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin. 

              Beliau berkata bahawa pihak sekolah terutamanya perlu memainkan peranan yang penting dalam memupuk rasa cinta dan minat terhadap bidang keusahawanan ini dalam kalangan pelajar sekolah. Beliau sangat berharap agar, lebih ramai rakyat bumiputera yang menjadikan keusahawanan ini satu bidang utama bagi mereka. Beliau berkata lagi, jangan jadikan bidang akademik itu sebagai bidang yang utama, malah mereka seharusnya berfikiran jauh yakni dengan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

              Beliau berharap agar pihak sekolah menjalankan beberapa  aktiviti yang berbentuk keusahawanan. Pihak sekolah seharusnya lebih menggalakkan para pelajar terlibat dengan bidang keusahawanan ini dengan cara mengadakan hari keusahawanan sekolah, melancarkan penubuhan kelab keusahawanan dan juga menganjurkan karnival keusahawanan.  Beliau berkata, kerajaan negeri akan sentiasa memberi sokongan dan dorongan pada sekolah bagi menyuburkan budaya keusahawanan dan bersedia untuk menghulurkan dana dan bantuan.



 Sumber : 

 http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20140226/wp_03/Subur-budaya-keusahawanan-di-sekolah

Wednesday, October 8, 2014

Kesimpulan Artikel Budaya Keusahawanan 1


Berdasarkan artikel yang saya perolehi dari sumber internet iaitu hasil kajian mengenai pandangan belia terhadap aktiviti keusahawanan , mengenal pasti potensi diri , sikap, ciri, mengenalpasti sumber dorongan belia dalam bidang keusahawanan dan juga mengenalpasti strategi  memantapkan budaya keusahawanan di kalangan belia.

Kajian ini telah dilakukan di Tanjung Malim, Perak. Para responden terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya dan kumpulan etnik. Menggunakan pengumpulan data melalui kaedah soal selidik. Terdiri daripada 40 responden dan dibahagikan soalan kepada lima bahagian.

1. Hasil daripada soal selidik melalui bahagian pandangan belia terhadap aktiviti keusahawanan

Didapati bahawa majoriti responden amat positif terhadap aktiviti keusahawanan. Disamping itu, terdapat juga responden yang amat berminat dan mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk terlibat dalam aktiviti keusahawanan ini.

Namun begitu, terdapat juga reponden yang berfikiran negatif mengenai keusahawanan ini. Kebayakkan mereka mengaggap bahawa keusahawanan ini mempunyai risiko yang tinggi dan tiada jaminan kejayaan dan mempunyai beberapa pandangan bahawa mereka yang tercicir dari pelajaran sahaja yang terlibat dengan aktiviti keusahawanan ini.

2.Hasil daripada soal selidik bahagian potensi ,sikap, ciri dan aspirasi keusahawanan belia yang merangkumi semua etnik.

Didapati responden yang menceburi bidang keusahawanan ini adalah kerana memenuhi keperluan hidup dimana peluang pekerjaan semakin berkurang, kehilangan pekerjaan, serta perasaan kecewa akibat kesukaran mendapat pekerjaan. Ini menunjukkan bahawa bidang keusahawanan ini adalah bidang yang terakhir bagi mereka untuk memilih. 

Namun, ada juga responden yang memilih bidang keusahawanan ini sebagai bidang utama mereka. Faktor dorongan untuk tidak terikat dengan arahan pihak atasan, bebas bertindak dan juga bebas berinovasi pada bila-bila masa , merupakan dorongan utama mereka untuk menjalankan keusahawanan.

3. Mengenalpasti sumber dorongan belia dalam menceburi bidang keusahawanan


Didapati responden mempunyai keinginan berdikari, kepuasan kerja, rasangan kejayaan orang lain, peluang pekerjaan yang terhad dan lain-lain. Responden yang menceburi bidang keusahawanan adalah didorong oleh faktor keperluan hidup di mana peluang pekerjaan yang kurang, kehilangan pekerjaan, perasaan kecewa akibat sukar mendapat pekerjaan. Rasangan usahawan berjaya dan dorongan keluarga dan rakan juga salah satu faktor yang penting kerana ini akan memberi inspirasi dan menjadi matlamat utama kehidupan kepada mereka. 

4. Mengenalpasti strategi memantapkan budaya keusahawanan di kalangan belia

Kebanyakkan responden mengatakan setuju dan sangat setuju mengenai strategi pembudayaan keusahawanan dalam kalangan belia.

Secara kesimpulannya kaji selidik ini membuktikan bahawa bidang keusahawanan ini sangat penting dalam menentukan pertumbuhan ekonomi negara. Ini dapat dilihat oleh inisiatif yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan kerana telah menubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan pada tahun 1995 sebagai badan yang menguruskan pembangunan usahawan. Pembudayaan keusahawanan adalah merupakan aspek penting dalam pembangunan usahawan

.Budaya keusahawanan perlu dipupuk bermula daripada peringkat sekolah melalui program-program keusahawanan yang dijalankan oleh pelajar dan dibimbing oleh guru-guru yang berpengalaman. Budaya ini juga perlu dipupuk pada peringkat IPT dengan menawarkan kursus, program, seminar, atau aktiviti kepada mahasiswa supaya dapat memupuk minat dan mendorong mereka untuk menceburi bidang keusahawanan. Pembudayaan ini penting dan perlu disemai di kalangan belia terutamanya golongan Bumiputera supaya mereka tidak boleh mengharapkan bekerja di sektor kerajaan dan bantuan kerajaan semata-mata. Mereka perlulah lebih berdikari untuk menceburi bidang lain seperti bidang perniagaan ataupun keusahawanan.