Tuesday, September 23, 2014

EVOLUSI KEUSAHAWANAN MENGIKUT KONSEP DAN TEORI

Evolusi ini terdiri daripada beberapa zaman dan abad. Antaranya pada zaman permulaan,
Pada zaman pertengahan, pada abad ke 17, pada abad ke 18, pada abad ke 19&20 dan juga abad ke 21. Pada zaman permulaan, aktiviti perniagaan ini dilakukan oleh Marco Polo yang menjalankan pelayarannya ke perdagangan Timur Tengah. Beliau dengan yakin menandatangani perjanjian dengan Kapitalis di mana, ia merupakan penanggung risiko yang pasif.

            Pada zaman pertengahan, usahawan ini bertindak sebagai menjaga dan mengawal produksi yang besar. Mereka tidak perlu menanggung risiko kerana tugas mereka hanya  mengawal kerja-kerja pembinaan seperti bangunan awam & gereja sahaja.

Manakala pada abad ke 17 pula, terdapat hubungan di antara risiko dan usahawan. Usahawan mula menandatangani kontrak perjanjian dengan kerajaan untuk sediakan perkhidmatan atau membekalkan produk yang telah ditentukan. Di sini, harga kontrak telah pun ditetapkan. Sekiranya terdapat kerugian atau keuntungan maka yang ditanggung adalah usahawan itu sendiri. Berdasarkan pendapat Richard Cantillion mengatakan yang usahawan itu adalah penerima risiko. mereka dipisahkan daripada pembekal kapital (pemodal).Ini kerana perkembangan individu & penciptaan yang berlaku di seluruh dunia. seperti Eli Whitney & Thomas Edison merupakan seorang pengguna kapital, bukannya pembekal modal.
Pada abad ke 19 dan 20 pula, usahawan boleh dikenali melalui bidang pengurusan seperti pereka cipta iaitu mencipta idea, produk, dan teknologi baru. Manakala pada abad ke 21 pula, usahawan ini dikenali sebagai hero untuk pasaran Free Enterprise. Usahawan ini perlu bertindak dengan cara mencipta banyak produk dan perkhidmatan serta sanggup menghadapi banyak risiko. Usahawan ini menjadi buah mulut orang ramai di mana mereka menganggap usahawan ini adalah perintis/pelopor di dalam mencipta perniagaan baru
.
 Terdapat empat aspek asas di dalam keusahawanan iaitu mencipta sesuatu proses yang baru & mempunyai nilai kepada usahawan &  pasaran di mana proses tersebut dibangunkan. Usahawan juga perlukan kesetiaan terhadap masa & usaha yang dilakukan. Individu yang sanggup menerima berbagai risiko di dalam bidang perniagaan  masing-masing terutama dari aspek kewangan, psikologi & sosial. Yang keempat adalah usahawan seharusnya  menerima banyak ganjaran iaitu kebebasan, kepuasan peribadi dan juga keuntungan sudah tentu.




            

No comments:

Post a Comment